Sesetengahnya menganggap impian mereka untuk berada dalam senarai Top 5 tercapai. Sesetengahnya pula berasakan tersenarai semula dalam finalis ABPBH2011 juga kepuasan dan satu pencapaian membanggakan kerana terus menjadi pilihan peminat.
Bagi pengacara pengacara TV dan radio, Aznil Nawawi menyarankan supaya setiap artis dan personaliti perlu bijak menjenamakan diri setiap beberapa tahun sekali supaya penampilan sentiasa dilihat segar di mata peminat.
Sehubungan itu, seseorang artis perlu tahu kreatif dan bijak mencari kelainan.
Senarai penuh Top 5 ABPBH2011 diumumkan oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH edisi ke-25 iaitu Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan Berita Harian, Hanizam Abdullah dan Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar di Classic Ballroom, Holiday Villa Hotel & Suite, Subang Jaya, kelmarin.
Turut hadir di majlis ini ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid; Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali dan wakil penaja untuk anugerah berprestij ini serta artis dan personaliti yang berjaya ke peringkat akhir ABPBH2011.
Mior Kamarul juga menerima penyerahan tajaan daripada Lux, Rafflesia Mandalay, Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd dan Poto Travel & Tour.
Selain Holiday Villa Hotel & Suites, turut memberikan kerjasama menjayakan penganjuran anugerah itu ialah Resort World Genting, Sinarmas Travel & Tours, TV3 dan Hot FM.
Sempena usia 25 tahun penganjuran, anugerah kali ini memilih tema ‘Meraikan’ dengan acara kemuncaknya bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 8 April depan.
Selain 15 kategori utama di mana undian dilakukan menerusi borang yang disiarkan Berita Harian/Berita Minggu mulai 13 Januari ini, turut diumumkan ialah lima kategori sampingan dengan undian secara online.
Antara artis yang turut tersenarai dalam Top 5 ABPBH2011 ialah Aaron Aziz, Adi Putra, Lisa Surihani, Anuar Zain, Hafiz, Maya Karin, Najwa Latif, Black Mentor, Shahiezy Sam, Fasha Sandha, Faizal Tahir, Neelofa, Bunkface, 6ixth Sense, Faizal Ismail, Aznil Nawawi, Zizan Razak, Diana Danielle, Scha Alyahya, Johan Raja Lawak, Nur Fathia, Noorkhiriah, Meet Uncle Hussain & Hazama, Fara Fauzana dan Sharifah Shahira.
Nissan Livina X-Gear untuk pembaca BH
SEBUAH kereta model terbaru Nissan iaitu Nissan Livina X-Gear tajaan Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd menjadi hadiah utama untuk pembaca bernasib baik yang menyertai pengundian ABPBH2011.
Turut disediakan ialah 10 Apple Ipad, kamera Canon EOS DSLR (10 set), Samsung Galaxy Tab (15 set), BlackBerry Torch 9800 (10 set), Sony PS3 Console (10 set), Apple Ipod Touch (14 set).
Senarai penuh Top 5 ABPBH2011:
Penyanyi Lelaki Popular
* Aizat
* Anuar Zain
* Black
* Faizal Tahir
* Hafiz
Penyanyi Wanita
* Alyah
* Najwa Latif
* Shila Amzah
* Stacy
* Yuna
Artis Duo/Berkumpulan
* 6ixth Sense
* Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
* Meet Uncle Hussain/Hazama
* Bunkface
* Forteen
Artis Baru Lelaki Popular
* Aeril Zafrel
* Awi Rafael
* Beto Khusyairi
* Hazama
* Johan Ariff As'ari
Artis Baru Wanita Popular
* Izara Aishah
* Najwa Latif
* Neelofa
* Nur Fathia
* Tasha Shilla
Pelakon Filem Lelaki Popular
* Aaron Aziz
* Adi Putra
* Bront Palarae
* Shaheizy Sam
* Syamsul Yusof
Pelakon Filem Wanita Popular
* Diana Danielle
* Eja
* Lisa Surihani
* Maya Karin
* Yana Shamsudin
Pelakon TV Lelaki Popular
* Aaron Aziz
* Adi Putra
* Remy Ishak
* Fizz Fairuz
* Fauzi Nawawi
Pelakon TV Wanita Popular
* Fasha Sandha
* Nora Danish
* Rozita Che Wan
* Scha Alyahya
* Tizz Zaqyah
Artis Komedi Lelaki
* Afdlin Shauki
* Along Cham
* Johan
* Nabil
* Zizan Razak
Artis Komedi Wanita
* Aliza Abdullah @ Enot
* Didie Alias
* Kenchana Dewi
* Noorkhiriah
* Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki
* Ally Iskandar
* Awal Ashaari
* Aznil Nawawi
* Faizal Ismail
* Zizan Razak
Pengacara TV Wanita
* Cheryl Samad
* Fara Fauzana
* Nurul Syuhada
* Raja Azura
* Sharifah Shahira
Penyampai Radio Lelaki
* AG
* Aznil Nawawi
* Faizal Ismail
* Halim Othman
* Khairil Rashid @ Krill
Penyampai Radio Wanita
* Abby Fana
* Fara Fauzana
* Linda Onn
* Raja Azura
* Sharifah Shahira
Najwa Latiff pun ada!!!
ReplyDeletehahahaha!!!
banyak pencalonan yang tak berubah ...
ReplyDeletebetul tu.
ReplyDeletemaybe ketandusan muka-muka baru.
contoh tgk lah pnyampai radio.
org yg sama.