Selamat Datang Ke Blog Hangat ini. Follow Dan Komen Tinggalkan Jejak Anda Ok.....I LOVE U SO MUCH....

Wednesday, January 11, 2012

Finalist ABPBH2011

RAMAI tersenyum lebar apabila nama mereka diumumkan sebagai finalis ABPBH2011 terutama kepada mereka yang pertama kali disenaraikan dalam anugerah berprestij ini.
Sesetengahnya menganggap impian mereka untuk berada dalam senarai Top 5 tercapai. Sesetengahnya pula berasakan tersenarai semula dalam finalis ABPBH2011 juga kepuasan dan satu pencapaian membanggakan kerana terus menjadi pilihan peminat.
Bagi pengacara pengacara TV dan radio, Aznil Nawawi menyarankan supaya setiap artis dan personaliti perlu bijak menjenamakan diri setiap beberapa tahun sekali supaya penampilan sentiasa dilihat segar di mata peminat. 
Sehubungan itu, seseorang artis perlu tahu kreatif dan bijak mencari kelainan.